Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

9/15/2026

Oh Anak Muridku....

          Pernah terbaca satu petikan berita di indonesia  satu ketika dahulu... seorang pencuri telah memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan di tengahmalam ketika tengah malam ...setelah memasuki rumah itu pencuri terpandang gambar  sekeluarga  di dinding  ruang tamu rumah itu...terpandang wajah yang amat dia kenali...bekas guru sekolahnya... kemudian dia menulis nota kecil di atas kertas dan meletakkan di atas meja.. tulisan" maafkan saya cikgu,saya tidak tahu ini  rumah cikgu"...kemudian dia keluar dan menutup kembali pintu rumah  serta menguncinya kembali..cerita ini tersebar apabila guru tua itu bangun pagi dan melihat nota di atas meja...

         

Seandainya diberi peluang hidup berkejaya sekali lagi, guru tetap jadi pilihan .. 

28 Jun 1985...SK (LKTP) Jenderak Utara..bermula mendapat gelaran cikgu..mengajar Bahasa Inggeris darjah 6.Mata pelajaran yang paling aku tak suka.

Selepas itu di arah mengajar mata pelajaran sains darjah lima (kelas peperiksaan) . Sempat lagi aku mengajar dalam sistem Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). 

Guru- guru disekolah itu mesra belaka.. teringat nama - nama seperti cikgu Ridzuan(cikgu Duan) , Arwah Cikgu Megat,Cikgu Majid,Cikgu fauzi, Arwah Cikgu Ibrahim dan ramai lagi..Di sinilah bermulanya keindahan menjadi menjadi guru telah di rasai.







9/04/2013

MSS SABAH 2011 CATUR

Kamarul menjuarai catur  sabah bawah 18 tahun bersama pengerusi teknik negeri di Ranau
Memerah Otak di meja pertama

Anak sulung  menjadi johan pertandingan Catus MSSM Sabah di  Daerah Ranau 2011..dan seterusnya mendapat no 14 di peringkat kebangsaan... satu kenangan amat manis.. Kejerihan untuk mencapai tahap ini hanya di fahami dan di ketahui rahsianya oleh anak dan  si ayah sahaja....

Kudat Indah,Penduduknya Baik

Kudat indah penduduknya baik.....  walaupun lima tahun bertugas di Kudat seperti terasa mimpi tidur semalaman sahaja.. tidak hairanlah ada seorang kawan yang telah bertugas di sana  telah membeli rumah dan menetap di sana...sungguh bertuah rasa kerana merasa bekerja  di tanah kudat.Sungguh bertuah kerana setiap petang dapat menghirup angin barat yang bertipu kencang..masih terbayang di mata ini keindahan senja  di Simpang Mengayau.. Terdengar-dengar suara-suara pelajar berbangsa rungus ketawa riang dan amat mematuhi kata-kata guru...sentiasa tergambar dalam fikiran ini keseronokan mencandat sotong di benteng eksplenad..
..kudat...satu daerah hebat...tanah indah ...penduduknya baik dan mesra...
Pemandangan yang menusuk jiwa

Pantai yang bersih...
Pertandingan Lumba perahu di pesta kelapa

11/15/2011

Cikgu satu waktu dulu...

Saya berminat dengan tajuk ini kerana pernah merasa dan berkesempatan menikmati rasa dan perasaaan guru dulu-dulu dan juga masih sempat merasa situasi guru sekarang. Ada beberapa beberapa perkara  yang boleh dibandingkan untuk kita lihat perbezaannya.Mula merasa panggilan cikgu pada tahun 1985 dan kekal sehingga kini setelah 26 tahun merasa panggilan "cikgu".

Luahan ini tidak sama sekali untuk mempecilkan guru dulu atau pun guru sekarang cuma ingin menyatakan perbezaan mengikut pengalaman sendiri.Saya akan mengupas beberapa isu untuk dibandingkan meliputi isu kerja dan diri guru itu sendiri.

Saya bercita-cita menjadi guru kerana kagum dengan guru dulu-dulu.Terasa betapa gahnya mendapat gelaran cikgu.

Semasa saya kecil pernah berjalan bersama ibu di pinggir kampung.Semasa saya berjalan saya  menanyakan ibu siapakah empunya kebun yang penuh dengan pokok buah-buahan.Ibu menberitahu kebun itu milik Cikgu Amin .Kami berjalan lagi melalui ladang getah,lantas ibu memberitahu tanah  itu juga Cikgu Amin yang punya.Hebatnya cikgu Amin.Sana sini tanah Cikgu Amin. Cikgu Othman adalah seorang guru  biasa.

Hujung minggu  saya dan ibu mahu ke pekan sehari Temerloh. Awal pagi ibu membangunkan saya sambil berkata "mandi cepat sebentar lagi bot Cikgu Osman akan tiba,nanti kita terlepas" .Cikgu Osman mempunyai bot untuk membawa orang-orang kampung untuk ke bandar Temerloh. Cikgu Osman  seorang pesara guru besar sekolah di kampung .

Semasa di sekolah.. teringat rakan sekelas anak cikgu... cemburu bukan kepalang melihat begnya lengkap buku dan alat tulis yang  sempurna... aku pula anak kampung yang serba kekurangan..

Atas sebab itulah bermulanya rasa kagum kepada guru... ketika usia dalam 8- 12 tahun.







11/13/2011

Teh Tarik dan Roti Canai Telur

Pada tahun 2006 sewaktu mula bertugas di Daerah Kudat ini harga dua makanan ini ialah RM2.40. Setelah beberapa tahun berlalu dan kini berada di tahun 2011 kedua-dua makanan itu telah berharga RM3.60. Berlainan pula apabila semalam saya minum di Kota Kinabalu makanan itu berharga RM3.50.Isu yang ingin saya ketengahkan di sini  ialah mengapa saya masih berkunjung dan memakan makanan yang sama walaupun terasa harga telah naik agak tinggi. Saya percaya ini berkait rapat dengan penawaran dan permintaan.Saya masih terus membeli dan memakan setiap pagi walaupun masih tidak puas hati mengenai harganya. Salah saya juga...tanggung sendirilah...cuma semenjak kebelakangan ini saya hanya memesan roti  telur sahaja dan minum air suam yang harganyaberjumlah RM2.00... terasa satu langkah bijak... dapat makan dengan kekenyangan yang sama..membayar dengan harga lebih murah dan dapat mencegah gula berlebihan dalam badan.... Moral yang ingin saya nyatakan  ialah jika harga barang  naik jangan salahkan orang lain... pandai pandailah buat tindakkan..

11/12/2011

Rumah penuh kenangan


Di sinilah aku di besarkan... pahit manis yang dilalui masih terpahat di ingatan ini..tidak dapat di tuliskan di sini... yang pastinya beberapa rumah teres,banglow yang ada diseluruh negara bermula dari rumah usang ini..