Semasa usia 5-10 tahun .. semasa ibu membasuh kain di atas jamban ( rakit) ditepi sungai pahang..saya memancing di celah batang dan buluh jamban ( panggilan orang dulu dulu).Panjang tali pancing 2-3 meter. Sebelum memancing saya akan mencari udang kecil di celah celah rekahan batang jamban, dapat 2-3 ekor..makan mentah 2 ekor..seekor lagi dijadikan umpan... manis rasanya..Saya menghulurkan pancing berumpan di celah batang jamban yang sempit.Tiba tiba tali pancing pendek itu ditarik kuat oleh seekor ikan.Setelah melayan dalam tempoh masa agak lama nampaklah kepala ikan itu...ikan belida yang besar... masalahhhhhh .. macam mana nak naikkan ikan itu di celah batang yang sempit? Ibu pun turun ke dalam air untuk menyelam ke bawah jamban bagi mendapatkan ikan tersebut. Ikan tersebut terkejut dan membuat sentapan kuat lalu putus... kami kecewa.. Ibu bertanya saya,"besar mana ikan itu".Saya menjawab" mulut dia nganga muat selipar saya". Saya masih ingat dialog itu kerana dia rasa lucu dan sentiasa menceritakan kepada kakak dan abang saya..Saya diketawakan.
Semasa usia 14 tahun..memancing di Sungai Pahang di daerah Temerluh.Di waktu itu saya bersekolah sebelah petang. Sebelum pergi ke sekolah diwaktu pagi memang menjadi rutin saya memancing dahulu mencari lauk makan tengahari dan malam.Saya memancing menggunakan kedah menghanyut dalam perahu dan berumpan daun ara. Ikan yang selalu saya dapat ialah ikan krai.Ikan ini berwarna kuning,manakala yang dewasa berwarna kuning kunyit. Sisiknya lembut macam sisek ikan kelah.
Pada satu pagi sebelum saya memancing macam biasa, saya mesti menimba perahu batang yang usang yang sentiasa dipenuhi air setiap hari,menimba secara mengoleng laju laju..kemahiran tu... Semasa memancing perahu yang bocor di masuki air sedikit demi sedikit akibat dari rekahan kecil tu ditimba menggunakan tapak kaki... Kemahiran tu... sebelum memancing mesti mencari pucuk daun ara di tebing rumah Mak Teh Biah.
Ketika menghanyutkan umpan menggunakan buluh panjang saya berangan apa apa yang menarik hati. Sentiasa memastikan umpan sentiasa di sebelah hilir..kawalan pengayuh amat penting.. sambil berangan mata tidak lari dari memandang pelampung dan sentiasa mengharapkan ia tenggelam kerana tarikan ikan..terkadang tenggelam kerana tersangkut..ada perbezaan.. saya menggunakan joran pancing yang diperbuat daripada buluh bedil yang panjangnya melebih 10 kaki dan gegelung tin susu pekat .Cincin joran saya buat dari dawai...hujung diperbuat dari pangkal berus gigi. Daif sungguh!! Pemancing yang miskin..
Setiap kali memancing amat jarang tidak membawa hasil pulang ke rumah. Ikan krai berat dalam lingkungan 400 gram ke 2 kilo seekor. Ikan lampam saya akan lepaskan semula...sebab...selalu dalam perutnya ada baja tradisional..tak minat.....!!!Ikan kaloi juga dilepaskan semula..tak sedap, memilih tuuu!! Ikan yang memakan umpan ini hanya ikan kerai, lampam, kaloi,tamalian dan jelawat. Ikan yang jadi idaman ialah Ikan Krai Jurai
Sewaktu menghanyut kita dapat menikmati keindahan awan, pokok kelapa dan pokok buluh yang melambai lambai. Setiap jarak 100-200 meter joran di angkat dan memudik kehulu semula untuk menghanyut kembali ditempat yang sama.Itula rutin setiap hari sebelum ke sekolah.
Pada satu hari saya merasa satu di tarikan yang kuat..putus serta merta... cara tarikan ikan jelawat atau tamalian.Tali tangsi saiz 15 paun..mata saiz 10 hilang sebelum 5 saat. Cuma cara tarikan ikan itu berlainan dari biasa..selalunya ikan tarik ke hilir,tapi tarikan ini ke hulu sungai. Selepas putus lutut mengeletar..terkelu..tidak pernah rasa pengalaman ini. kekuatan tarikan yang tiada toleransi langsung..saya balik menceritakan pada ibu..ibu tersenyum saja.
Mei 2004
Lokasi : Sungai Krau , Pahang
Musim cuti sekolah pertengahan tahun. Mula belajar mengilat secara profesional. menggunakan joran uglistik 6 kaki. Berumpan rapala shap rap selaman dalam. Balingan jarak pendek 20 - 30 kaki jarak balingan. Ada satu lubuk yang tak bernama(rahsia) selalu memberikan hasil yang lumayan 2-3 ekor sekali pergi,sampai orang asli kat situ naik heran. Ingin menjadikan satu kisah menarik bermula pada satu hari mendapat satu tarikan kuat yang tiada tolak ansur,tali 15 paun maxima putus mudah. Ekoran dari itu saya tukar menggunakan tali benang 30 paun pada hari keesokannya. Saya pergi lagi ketempat itu dengan harapan akan mengecundangkan bapak sebarau itu.
Tidak sampai 10 kali balingan satu sentapan kuat terjadi lagi. Selepas tarikan superpower tiba-tiba tali kendur macam terlucut. Hampa..saya karau tali dengan hampa...bila lihat rapala yang tinggal kepala ..sekali lagi saya kecundang..lihatlah gambar..