Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

9/04/2013

Kudat Indah,Penduduknya Baik

Kudat indah penduduknya baik.....  walaupun lima tahun bertugas di Kudat seperti terasa mimpi tidur semalaman sahaja.. tidak hairanlah ada seorang kawan yang telah bertugas di sana  telah membeli rumah dan menetap di sana...sungguh bertuah rasa kerana merasa bekerja  di tanah kudat.Sungguh bertuah kerana setiap petang dapat menghirup angin barat yang bertipu kencang..masih terbayang di mata ini keindahan senja  di Simpang Mengayau.. Terdengar-dengar suara-suara pelajar berbangsa rungus ketawa riang dan amat mematuhi kata-kata guru...sentiasa tergambar dalam fikiran ini keseronokan mencandat sotong di benteng eksplenad..
..kudat...satu daerah hebat...tanah indah ...penduduknya baik dan mesra...
Pemandangan yang menusuk jiwa

Pantai yang bersih...
Pertandingan Lumba perahu di pesta kelapa

Tiada ulasan: