Nukilan Guru Satu Malaysia. Sekadar meluahkan perasaan dan pengalaman hidup . Seandainya terdapat perbezaan dengan pendapat pembaca, saya memohon maaf.
Pengikut
Jumlah Paparan Halaman
11/13/2011
Teh Tarik dan Roti Canai Telur
Pada tahun 2006 sewaktu mula bertugas di Daerah Kudat ini harga dua makanan ini ialah RM2.40. Setelah beberapa tahun berlalu dan kini berada di tahun 2011 kedua-dua makanan itu telah berharga RM3.60. Berlainan pula apabila semalam saya minum di Kota Kinabalu makanan itu berharga RM3.50.Isu yang ingin saya ketengahkan di sini ialah mengapa saya masih berkunjung dan memakan makanan yang sama walaupun terasa harga telah naik agak tinggi. Saya percaya ini berkait rapat dengan penawaran dan permintaan.Saya masih terus membeli dan memakan setiap pagi walaupun masih tidak puas hati mengenai harganya. Salah saya juga...tanggung sendirilah...cuma semenjak kebelakangan ini saya hanya memesan roti telur sahaja dan minum air suam yang harganyaberjumlah RM2.00... terasa satu langkah bijak... dapat makan dengan kekenyangan yang sama..membayar dengan harga lebih murah dan dapat mencegah gula berlebihan dalam badan.... Moral yang ingin saya nyatakan ialah jika harga barang naik jangan salahkan orang lain... pandai pandailah buat tindakkan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan