Saya berminat dengan tajuk ini kerana pernah merasa dan berkesempatan menikmati rasa dan perasaaan guru dulu-dulu dan juga masih sempat merasa situasi guru sekarang. Ada beberapa beberapa perkara yang boleh dibandingkan untuk kita lihat perbezaannya.Mula merasa panggilan cikgu pada tahun 1985 dan kekal sehingga kini setelah 26 tahun merasa panggilan "cikgu".
Luahan ini tidak sama sekali untuk mempecilkan guru dulu atau pun guru sekarang cuma ingin menyatakan perbezaan mengikut pengalaman sendiri.Saya akan mengupas beberapa isu untuk dibandingkan meliputi isu kerja dan diri guru itu sendiri.
Saya bercita-cita menjadi guru kerana kagum dengan guru dulu-dulu.Terasa betapa gahnya mendapat gelaran cikgu.
Semasa saya kecil pernah berjalan bersama ibu di pinggir kampung.Semasa saya berjalan saya menanyakan ibu siapakah empunya kebun yang penuh dengan pokok buah-buahan.Ibu menberitahu kebun itu milik Cikgu Amin .Kami berjalan lagi melalui ladang getah,lantas ibu memberitahu tanah itu juga Cikgu Amin yang punya.Hebatnya cikgu Amin.Sana sini tanah Cikgu Amin. Cikgu Othman adalah seorang guru biasa.
Hujung minggu saya dan ibu mahu ke pekan sehari Temerloh. Awal pagi ibu membangunkan saya sambil berkata "mandi cepat sebentar lagi bot Cikgu Osman akan tiba,nanti kita terlepas" .Cikgu Osman mempunyai bot untuk membawa orang-orang kampung untuk ke bandar Temerloh. Cikgu Osman seorang pesara guru besar sekolah di kampung .
Semasa di sekolah.. teringat rakan sekelas anak cikgu... cemburu bukan kepalang melihat begnya lengkap buku dan alat tulis yang sempurna... aku pula anak kampung yang serba kekurangan..
Atas sebab itulah bermulanya rasa kagum kepada guru... ketika usia dalam 8- 12 tahun.