Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

11/12/2011

Jangan Tertinggal Kapal




       Kapal mewah  berlabuh di Pelabuhan Kota Kinabalu yang membawa penumpang dari luar negara. Melihat dari fizikal luaran kapal dapat diterjemahkan bahawa kapal ini sangat mewah dan menjadi idaman sesiapa sahaja  untuk menaikinya dan menikmati pelayaran penuh mewah dan  menuju ke destinasi yang ditetapkan. Namun begitu bukan kisah kapal mewah ini ingin saya bincangkan tetapi hikmah disebalik tajuk Jangan Tertinggal Kapal.
         Saya rasa tentu setiap orang teringin untuk menaiki dan menikmati pejalanan mewah menuju ke destinasi yang telah ditujui. Seandainya saya mempunyai wang yang banyak sudah pasti akan berada di bilik kelas pertama atau perniagaan.Bagaimana pula jika kita tiada wang yang mencukupi? Seandainya niat hati amat kuat keinginan merasai dan dapat menikmati pelayaran yang mewah sekaligus dapat menuju ke destinasi idaman kita tidak kisahlah jika dapat dengan membeli  teket harga paling murah dan tinggal di bilik paling bawah,yang penting kita dapat masuk  kapal ini .Kita kena sedar diri dan tahu kemampuan diri.Tidak perlu membanding diri dengan orang kaya.
       Saya andaikan kapal ini ialah sebuah universiti yang terkemuka .Begitu juga dengan kehidupan seorang pelajar sekolah menengah yang ingin memasuki universiti idaman. Biarlah orang lain dengan 8A nya yang masuk dengan megah. Paling penting kita cukup syarat untuk masuk ke universiti itu.  Dapat 2A 6B 2C pun sudah kira baik. Saya percaya di universiti nanti kita boleh membuat pecutan  pembelajaran semula untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang..Pastikan kita mampu mendapat syarat mengatasi syarat minima untuk dapat sama-sama mengiringi pelajar 8A masuk ke universiti yang kita idamkan. Malah saya percaya setelah sama-sama mendapat ijazah kemungkinan akan mendapat gaji permulaan yang sama . Jika pandai memilih bidang yang sesuai ada kemungkinan pula akan mendapat gaji yang lebih besar.....!!!! Paling penting bagi kita dapat masuk universiti walaupun tidak 8A...ukur baju dibadan sendiri..itulah maksud JANGAN TERTINGGAL KAPAL..

Tiada ulasan: