Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

11/15/2011

Cikgu satu waktu dulu...

Saya berminat dengan tajuk ini kerana pernah merasa dan berkesempatan menikmati rasa dan perasaaan guru dulu-dulu dan juga masih sempat merasa situasi guru sekarang. Ada beberapa beberapa perkara  yang boleh dibandingkan untuk kita lihat perbezaannya.Mula merasa panggilan cikgu pada tahun 1985 dan kekal sehingga kini setelah 26 tahun merasa panggilan "cikgu".

Luahan ini tidak sama sekali untuk mempecilkan guru dulu atau pun guru sekarang cuma ingin menyatakan perbezaan mengikut pengalaman sendiri.Saya akan mengupas beberapa isu untuk dibandingkan meliputi isu kerja dan diri guru itu sendiri.

Saya bercita-cita menjadi guru kerana kagum dengan guru dulu-dulu.Terasa betapa gahnya mendapat gelaran cikgu.

Semasa saya kecil pernah berjalan bersama ibu di pinggir kampung.Semasa saya berjalan saya  menanyakan ibu siapakah empunya kebun yang penuh dengan pokok buah-buahan.Ibu menberitahu kebun itu milik Cikgu Amin .Kami berjalan lagi melalui ladang getah,lantas ibu memberitahu tanah  itu juga Cikgu Amin yang punya.Hebatnya cikgu Amin.Sana sini tanah Cikgu Amin. Cikgu Othman adalah seorang guru  biasa.

Hujung minggu  saya dan ibu mahu ke pekan sehari Temerloh. Awal pagi ibu membangunkan saya sambil berkata "mandi cepat sebentar lagi bot Cikgu Osman akan tiba,nanti kita terlepas" .Cikgu Osman mempunyai bot untuk membawa orang-orang kampung untuk ke bandar Temerloh. Cikgu Osman  seorang pesara guru besar sekolah di kampung .

Semasa di sekolah.. teringat rakan sekelas anak cikgu... cemburu bukan kepalang melihat begnya lengkap buku dan alat tulis yang  sempurna... aku pula anak kampung yang serba kekurangan..

Atas sebab itulah bermulanya rasa kagum kepada guru... ketika usia dalam 8- 12 tahun.







11/13/2011

Teh Tarik dan Roti Canai Telur

Pada tahun 2006 sewaktu mula bertugas di Daerah Kudat ini harga dua makanan ini ialah RM2.40. Setelah beberapa tahun berlalu dan kini berada di tahun 2011 kedua-dua makanan itu telah berharga RM3.60. Berlainan pula apabila semalam saya minum di Kota Kinabalu makanan itu berharga RM3.50.Isu yang ingin saya ketengahkan di sini  ialah mengapa saya masih berkunjung dan memakan makanan yang sama walaupun terasa harga telah naik agak tinggi. Saya percaya ini berkait rapat dengan penawaran dan permintaan.Saya masih terus membeli dan memakan setiap pagi walaupun masih tidak puas hati mengenai harganya. Salah saya juga...tanggung sendirilah...cuma semenjak kebelakangan ini saya hanya memesan roti  telur sahaja dan minum air suam yang harganyaberjumlah RM2.00... terasa satu langkah bijak... dapat makan dengan kekenyangan yang sama..membayar dengan harga lebih murah dan dapat mencegah gula berlebihan dalam badan.... Moral yang ingin saya nyatakan  ialah jika harga barang  naik jangan salahkan orang lain... pandai pandailah buat tindakkan..

11/12/2011

Rumah penuh kenangan


Di sinilah aku di besarkan... pahit manis yang dilalui masih terpahat di ingatan ini..tidak dapat di tuliskan di sini... yang pastinya beberapa rumah teres,banglow yang ada diseluruh negara bermula dari rumah usang ini..


Jangan Tertinggal Kapal




       Kapal mewah  berlabuh di Pelabuhan Kota Kinabalu yang membawa penumpang dari luar negara. Melihat dari fizikal luaran kapal dapat diterjemahkan bahawa kapal ini sangat mewah dan menjadi idaman sesiapa sahaja  untuk menaikinya dan menikmati pelayaran penuh mewah dan  menuju ke destinasi yang ditetapkan. Namun begitu bukan kisah kapal mewah ini ingin saya bincangkan tetapi hikmah disebalik tajuk Jangan Tertinggal Kapal.
         Saya rasa tentu setiap orang teringin untuk menaiki dan menikmati pejalanan mewah menuju ke destinasi yang telah ditujui. Seandainya saya mempunyai wang yang banyak sudah pasti akan berada di bilik kelas pertama atau perniagaan.Bagaimana pula jika kita tiada wang yang mencukupi? Seandainya niat hati amat kuat keinginan merasai dan dapat menikmati pelayaran yang mewah sekaligus dapat menuju ke destinasi idaman kita tidak kisahlah jika dapat dengan membeli  teket harga paling murah dan tinggal di bilik paling bawah,yang penting kita dapat masuk  kapal ini .Kita kena sedar diri dan tahu kemampuan diri.Tidak perlu membanding diri dengan orang kaya.
       Saya andaikan kapal ini ialah sebuah universiti yang terkemuka .Begitu juga dengan kehidupan seorang pelajar sekolah menengah yang ingin memasuki universiti idaman. Biarlah orang lain dengan 8A nya yang masuk dengan megah. Paling penting kita cukup syarat untuk masuk ke universiti itu.  Dapat 2A 6B 2C pun sudah kira baik. Saya percaya di universiti nanti kita boleh membuat pecutan  pembelajaran semula untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang..Pastikan kita mampu mendapat syarat mengatasi syarat minima untuk dapat sama-sama mengiringi pelajar 8A masuk ke universiti yang kita idamkan. Malah saya percaya setelah sama-sama mendapat ijazah kemungkinan akan mendapat gaji permulaan yang sama . Jika pandai memilih bidang yang sesuai ada kemungkinan pula akan mendapat gaji yang lebih besar.....!!!! Paling penting bagi kita dapat masuk universiti walaupun tidak 8A...ukur baju dibadan sendiri..itulah maksud JANGAN TERTINGGAL KAPAL..

11/08/2011

Sepetang Di Marudi

   Sebaik sahaja kapal terbang mendarat di lapangan terbang Miri berdegup jantung menandakan rasa tidak sabarnya hati ini. Sebuah ninja king yang ditempah khas menunggu untuk menghantar aku ke distinasi yang ditujui. Pemandunya begitu ramah menceritakan perjalanan yang akan dilalui. Setelah siap barang disusun atur di atas kereta pemandu memberikan isyarat bagus menandakan perjalanan akan bermula.

   Permulaan perjalanan terbayang bandar Marudi sebagaimana yang kulihat melalui google earth ..ada sungai besar ,ada feri ... tentu  seiras bandar kelahiranku Bandar Temerloh Ikan Patin.Sepanjang perjalanan Syahmi sibuk merakam gambar untuk kenangan .

    Lebih kurang 30 minit perjalanan kami tiba dipersimpangan masuk ke jalan yang tidak berturap. "Pergi ke Marudikah jalan ini?"tanyaku pada pemandu.Dia menganggukkan kepalanya.Jalan itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4X sahaja. Permandangan kelapa sawit silih berganti dengan semak samun.

    
Pertama kali menjejakan kaki ke Pekan Marudi Serawak.

Dataran Marudi


   Pengkalan Bot di Pekan Marudi


Bergambar di pinggir sungai Marudi

      Tidak lama selepas itu kami tiba di sebatang sungai . airnya berwarna hitam  mengalir agak laju.selebar 30 meter lebih kurang. Sungai Baram... terkenal dengan buaya yang besar  ...  Untuk menyeberangi sungai kereta sewa terpaksa menaiki feri besi. Satu pengalaman baru bagi saya,kemudian kami meneruskan perjalanan. Tidak lama selepas itu sekali lagi kami menaiki feri untuk menyeberangi sungai Marudi pula. Sungai Marudi agak lebar ,hampir mirip seperti sungai Pahang. Feri besi ini mengingatkan saya kepada Bandar Temerloh pada tahun 1970 semasa pembinaan jambatan baru.

11/07/2011

Taming Sari

         Taming sari.. begitulah gelaran yang diberikan untuk sebatang rotan ini...Terlalu besar peranan yang diberikan kepadanya. Begitu besar tanggungjawab yang perlu lakukan. Semasa mengajar  Taming sari digunakan sebagai penunjuk di papan hijau,Memberi maksud menunjuk ke arah jalan yang sebenar dan betul di dalam kehidupan pelajar. Dihujungnya sentiasa mengarah kebaikan, tidak pernah wujud dalam sejarah rotan menunjuk ke arah jalan yang sesat dan salah.

        Selain itu rotan juga digunakan untuk menggerakan pelajar yang malas melakukan sesuatu kerja sekolahg. Seandainya pelajar malas atau gagal akan dirotan punggung atau tapak tangannya untuk memastikan tidak berulang lagi kesalahan itu. Taming sari.. terlalu besar peranannya..:)))